Search
Friday 30 January 2026
  • :
  • :

Tentang Kami

Terapi Furqon Terapi Semulajadi

Secara rasminya Furqon Terapi telah diwujudkan pada 7/10/2010 bertujuan mengembangkan syiar islam melalui pembentukan madrasah tahfiz bagi melahirkan generasi celik Al-Quran yang bertaqwa.

Pada dasarnya, Furqon Terapi adalah satu platform dalam mengembangkan ilmu-ilmu islam berkaitan rawatan penyembuhan.

Furqon Terapi menyediakan Terapi Furqon dalam kaedah terapi semulajadi tanpa unsur-unsur yang berlawanan dengan sifat fitrah manusia dalam proses penyembuhan diri.

Furqon Terapi menyediakan Terapi Furqon dalam kaedah terapi semulajadi tanpa unsur-unsur yang berlawanan dengan sifat fitrah manusia dalam proses penyembuhan diri.

Terapi Furqon bermaksud terapi kalam iaitu Al-Quran. Dalam surah Al-Furqon yang terdiri dari 77 ayat, Allah telah memaklumkan tentang pemisah / pembeza antara yang hak dengan yang batil. Oleh itu, dapatlah dijelaskan disini bahawa Furqon Terapi meyediakan terapi secara pemisah antara manusia dan makhluk yang lain (terutamanya jin, iblis dan syaitan yang dilaknat Allah SWT) di Pusat Rawatan Perubatan Islam yang terletak di Wisma Masjid Alam Shah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pusat Rawatan Islam Furqon Terapi ini telah diinisiatifkan oleh seorang yang berjiwa kental dan bersemangat waja dalam mencapai cita-cita menubuhkan sebuah pusat pengajian tahfiz iaitu Ustaz Abdul Malek Bin Salleh, merupakan mantan Pegawai Agama di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Bahagian Penyiasatan dan penceramah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sewaktu didalam kerjayanya dahulu. Kini, setelah hampir 25 tahun selepas memilih untuk meninggalkan kerjayanya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Pusat Rawatan Perubatan Islam Furqon Terapi dan Madrasah Tahfiz Al Yateem, langkahnya semakin pantas dan laju dalam apa yang dicita-citakannya.

Sehingga kini, terdapat tiga lokasi tempat perubatan yang diuruskannya iaitu Pusat Rawatan Furqon Terapi di Jalan Tun Razak, Pudu, Kuala Lumpur dan lagi dua lokasi bertempat di Selangor iaitu Taman Impian Indah, Sg. Buloh dan Madrasah Tahfiz Al Yateem di Kg. Bahagia Bukit Lagong juga di Sg. Buloh, Selangor.

Furqon Terapi dalam kaedah terapi furqon, iaitu penyembuhan secara semula jadi dan keseimbangan secara total menitik beratkan perkongsian ilmu kepada para pelawat dan pesakit yang berhajat kepada kesembuhan.

Di Furqon Terapi, kami menyerahkan kesembuhan sepnuhnya kepada ketentuan Allah SWT. Maka keserasian atau keselarian ubat dan kaedah penyembuhan adalah ketentuan dari Allah SWT . Teknik penyembuhan melalui terapi ini lebih dipopularkan dengan bacaan rukyah dan menggunakan ubat-ubatan semulajadi dan tidak mengandungi unsur dadah.

Pengisian adalah kepentingan dalam sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukan. Terapi Furqon lebih menekankan kepada kepentingan ilmu kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan kesembuhan di sini.

Penyembuhan emosi amat digalakkan kerana bagi FurqonTerapi, yang perlu disembuhkan itu adalah emosi atau jiwa pesakit terlebih dahulu. Diikuti jasad atau fizikal kemudiannya.

Kaedah perubatan yang dilakukan adalah melalui kaedah perubatan Ibnu Sina yang memisahkan unsur-unsur syubhah dan yang tidak halal seperti arak dan khinzir. Produk-produk yang dibekalkan kepada pesakit adalah produk yang berunsurkan flora semulajadi yang telah diproses melalui proses asal dan ditambah nilai untuk kesembuhan dan kesejahteraan pesakit. Ubat-ubatan tradisional adalah berdaftar dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Diproses di kilang bertaraf GMP dan sentiasa mendapat pemantaun dari KKM dan JAKIM.

Keutamaan Terapi Furqon adalah member keselesaan kepada pesakit dan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelawat yang hadir dan memastikan perkongsian ilmu sampai kepada mereka seterusnya menghilangkan kebimbangan yang bersarang dijiwa mereka.

Bagi setiap pembelian yang berlaku di sini, segala transaksi jual beli ini, hasilnya akan terus diwaqafkan kepada Pusat Pengajian Madrasah Tahfiz Al Yateem Darul Furqon yang telah dibina dengan jayanya pada tahun 2013 dimana telah menempatkan seramai 50 pelajar tahfiz dari kalangan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, para ustaz dan para pengelola yang menyelaraskan aktiviti pengajian para pelajar di sini.

Oleh itu, Terapi Furqon juga bolehlah diklasifikasikan juga sebagai terapi penyembuhan secara infaq kerana kekuatan memberi akan memudahkan urusan di dunia ini.