POLISI PENGHANTARAN DAN PEMULANGAN
Maklumat Penghantaran
- Pelanggan dikehendaki membuat bayaran penuh sebelum penghantaran dilakukan. Sebarang bayaran tertangguh akan dikira sebagai transaksi tidak lengkap.
- Untuk pembelian dalam kapasiti yang tinggi, pelanggan dikehendaki melakukan pembayaran deposit 10% keatas untuk proses menyediakan barangan. Setelah barangan sedia untuk dihantar, pelanggan dikehendaki melakukan bayaran penuh untuk penghantaran.
- Penghantaran akan mengambil masa tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja, setelah pembayaran penuh dilakukan.
- Penghantaran adalah PERCUMA untuk pembelian berjumlah RM3000.00 ke atas (seluruh Malaysia). Untuk pembelian bawah RM3000.00, caj penghantaran sebanyak RM300.00 setiap penghantaran akan dikenakan.
- Sila pastikan maklumat alamat dan nombor telefon anda adalah betul dan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah sewaktu penghantaran. Sebarang kesalahan maklumat adalah tanggungan anda sendiri.
Pemulangan Semula
- Barangan yang telah dibeli di boleh dipulangkan semula kecuali di atas sebab yang berikut:
- Barangan yang dihantar adalah tidak sama seperti pesanan di laman web.
- Barangan yang dihantar tidak mempunyai kesalahan dari segi spesifikasi jenis, saiz atau warna.
- Barangan yang di hantar didapati telah rosak ketika di terima oleh pelanggan.
- Barangan yang dikembalikan berpunca dari sebab2 di atas akan digantikan dengan barangan yang betul oleh pihak kami.
- Sebarang kesalahan penghantaran yang berpunca dari kesilapan atau kecuaian pelanggan tidak boleh dikembalikan semula.
- Untuk pemulangan semula, pelanggan dikehendaki menyediakan bukti dan dokumen pembelian yang berkaitan untuk pengesahan. Penukaran semula hanya dibenarkan dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh penerimaan barangan.
- Sila hubungi kami di talian yang disediakan untuk prosedur dan maklumat lanjut untuk melakukan penukaran barangan.